Siakap Keli

Niat Nak Cuci Tangan Bertukar Tragedi, Lelaki Mati Lemas Terjatuh Dalam Terusan Sawah Padi

Niat seorang lelaki yang mahu mencuci tangan bertukar tragedi apabila mangsa terjatuh ke dalam terusan sawah padi dalam kejadian yang berlaku di Felcra Kampung Gajah, Jejawi, Pasir Salak, kira-kira jam 11.20 pagi hari ini.

Mangsa, dikenali sebagai Ali Shaukat, 28, merupakan seorang pekerja kontrak warga Pakistan dipercayai terjatuh ketika mahu mencuci tangan di lokasi tersebut, seperti memteik laporan Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama dua rakannya menjalankan kerja-kerja meracun di sawah berkenaan sejak jam 9 pagi.

Kemudiannya, mereka menunggang motosikal untuk mencuci tangan di terusan berhampiran sebelum mangsa turun ke tebing dan disedari hilang oleh dua rakannya.

Malangnya, mereka hanya menemui selipar dan baju milik mangsa yang digunakan untuk menutup muka.

Rakan mangsa yang panik berusaha mencari mangsa di terusan sedalam 4.5 meter itu namun gagal dan memaklumkan kepada pihak polis.

Mayat mangsa ditemui dua jam kemudian di dasar terusan pada jam 1.35 petang oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar setelah operasi mencari dan menyelamat dilakukan selepas menerima laporan pada jam 11.25 pagi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan kes telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Sinar Harian

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)