Siakap Keli
tips bela kucing
Kredit: Nabilahabdr

“Ramai Yang Ikhlas Bela, Tapi Takda Ilmu”, Gadis Ingatkan 7 Perkara Ini Sebelum Bela Kucing

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai yang menggemari haiwan comel bernama kucing ini. Dengan telatahnya yang manja dan biasanya aktif bermain, kucing sering dijadikan peneman di kala sunyi.

Namun, terdapat tatacara penjagaan kucing yang perlu kita ambil kira bagi memastikan keperluannya mencukupi dari setiap aspek.

Justeru, tanpa membuang masa, mari kita baca perkongsian saudari Nabilah mengenai cara dan tanggungjawab membela haiwan tersebut. Memiliki 35 ekor kucing pada masa ini, Nabilah berkata, ilmu amat penting dalam penjagaan haiwan tersebut.

“Kucing bukan sahaja makan, main, tidur. Ia lebih dari itu.”

Jangan ambil anak kucing bawah 3 bulan

Pesannya, elakkan mengambil anak kucing berusia bawah 3 bulan dan memisahkannya dengan si ibu. Hal ini kerana ia memerlukan penjagaan rapi dan lebih teliti berbanding kucing yang lebih berusia.

Kena susukan setiap 2 jam

Vaksin

Seperti kita, kucing juga memerlukan vaksin untuk melindunginya dari terkena penyakit berbahaya.

Pemandulan beri manfaat kesihatan kepada kucing

Tambah Nabilah, pemandulan kucing mempunyai manfaat tersendiri buat kesihatan kucing, tidak kira jantan atau betina.

Jangan beri makanan warna-warni

Di samping itu, pemilik kucing juga diingatkan untuk mengelakkan dari memberi makanan berwarna-warni kepada haiwan ini bagi mengelakkan komplikasi buah pinggang.

Segera bawa pergi klinik jika tidak sihat

Sumber: Nabilahabdr

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.