Siakap Keli

TERKINI COVID-19: 50 Kes Baharu & Tiada Kematian Dilaporkan Hari Ini – KKM

Sebanyak 50 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 7,059 kes, umum Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,149 kes.

“Daripada 50 kes tersebut, tiga (3) kes adalah kes import yang menapat jangkitan di luar negara.

“Daripada 47 kes penularan tempatan, 41 kes adalah bukan warganegara, di mana 34 kes dikesan di depo tahanan imegresen di Bukit Jalil.

“Mereka ini telah berada dalam tahanan sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.

“Daripada 13 kes adalah penularan dalam komuniti, enam (6) kes adalah penularan warga tempatan,” katanya dalam satu sidang media, hari ini.

Selain itu, menurutnya, terdapat 10 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dan tujuh (7) kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, tiada kes kematian baharu direkodkan, menjadikan angka kematian terkini kekal 114 kes bersamaan 1.61 peratus.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'