Siakap Keli
Gambar: Stomp

(Video) Disangka Bapa Kepada Budak Bermain ‘Skuter’ Tengah Jalan, Lelaki Perjelaskan Keadaan Sebenar

Tular video yang memperlihatkannya menyelamatkan seorang kanak-kanak di tengah jalan, seorang lelaki di Singapura tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Rakaman ‘dashcam’ yang dimuatnaik di Facebook Singapore Roads safety/ Roads safety. SG itu memperlihatkan Zwan Giant yang menunggang basikal berhenti di tengah jalan bagi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang sedang menunggang skuter.

Pun begitu, orang ramai memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut dan kebanyakan dari mereka mempersoalkan kenapa kanak-kanak tersebut dibenarkan berada di atas jalan.

Sesetengah warga net juga menyalahkan Zwan kerana mereka menyangka bahawa lelaki itu merupakan penjaga atau bapa kepada kanak-kanak tersebut.

Memetik laporan Stomp, Zwan yang dihubungi oleh Business Insider menjelaskan bahawa dia bukan bapa kepada kanak-kanak itu.

Menurutnya, kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu itu bermula apabila dia melihat seorang kanak-kanak India bergerak dari taman ke jalan raya melalui bukaan di kaki lima sepanjang Yishun Avenue 8.

Tanpa berfikir panjang, Zwan melambai ke arah kenderaan di belakangnya  agar berhenti dan dia terus mengangkat kanak-kanak terbabit.

Tambahnya, dia memilih untuk berhenti secara tiba-tiba di tengah-tengah lalu lintas kerana keperluan yang mendesak dan waktu yang sangat singkat untuk sampai kepada kanak-kanak itu yang dianggarkan berumur sekitar tiga hingga empat tahun.

“Saya bertanya kepadanya di mana ibu dan bapanya namun kanak-kanak itu terus menjerit dan menangis,” katanya.

Selepas itu, dia melihat seorang wanita yang berkemungkinan ibunya berlari ke arah kanak-kanak itu dari jarak sekitar 30 hingga 40 meter.

Sumber: Stomp

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa