Putrajaya, 22 Mei- Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, semua pegawai imigresen yang bertugas di depot tahanan Bukit Jalil dikuarantin selama 14 hari.
Hal ini berikutan kemunculan kluster baru kes COVID-19 melibatkan 60 warga asing di pusat tahanan itu setakat hari ini.
Keputusan ujian saringan ke atas 98 pegawai imigresen di depot tersebut disahkan negatif, katanya seperti dilaporkan Bernama.
Susulan itu, Jabatan Imigresen akan menggerakkan pegawai dari ibu pejabat dan negeri untuk mengambil alih kawalan di depot Bukit Jalil, tambahnya.
Semua pegawai imigresen yang bertugas di depot imigresen Bukit Jalil dikenakan kuarantin selama 14 hari – Ketua Pengarah Imigresen pic.twitter.com/DvGkkRwkWv
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 22, 2020
Terkini #covid19malaysia, 22 Mei
5 Kluster yang melaporkan kes baru positif pada hari ini ialah:
1 DTI Bukit Jalil (25 kes baru)
2 Kg. Sungai Lui (11)
3 Pesantren (6)
4 Pasar Borong KL (1)
5 Pudu (1)Kluster DTI (Depot Tahanan Imigresen) ialah kluster yang baru dikesan semalam pic.twitter.com/BkxKbqwRWF
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) May 22, 2020
Sumber: Bernama