Siakap Keli

“Haa Sudah, Dalam Bilik Tu Siapa?”, Huni Apartment Didakwa Berhantu, Wanita Dedah Pernah Diziarahi 3 Keluarga ‘Misteri’

Kredit: Google
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti anda pernah terdengar kisah-kisah seram melibatkan bangunan lama yang dibina dengan pelbagai misteri tersendiri.

Baru-baru ini, seorang wanita yang mendakwa pernah tinggal di sebuah apartment atas bukit terkenal dengan cerita mistiknya berkongsi pengalamannya sendiri selama tiga tahun tinggal di sana.

Walaubagaimanapun, nama sebenar apartment itu terpaksa disembunyikan bagi menjaga sensitiviti sesetengah pihak. Berikut adalah perkongsian wanita tersebut yang bernama Zielyana Dahalan.

Pada Tahun 2008 saya dapat kerja dekat atas masa tu dan saya pun tak tahu yang tempat tinggal saya dekat apartment A. Bagi saya biasalah kot macam apartment R yang terkenal dekat atas tu.

Nak jadikan cerita kami tinggal lebih kurang 6 orang, ada 2 bilik dan 2 bilik air dalam satu rumah di Tingkat 6 pintu no 6.

Macam biasa pagi-pagi kami memang keluar serentak dan balik serentak. Tapi bila kami balik ja macam baru terasa lapar. Nak keluar jauh. Yang ada sebuah kedai runcit belah bawah pintu masuk. Kami turun bertiga. Sambil saya belek punya belek barang, tengok kawan dah hilang. Saya cepat-cepat bayar keluar dari kedai tu dorang dah tak ada. Panggil-panggil pun tak menyahut.

Alahai masa ni dah mula takut sebab siapa yang pernah datang waktu malam faham-faham lah keadaan dia. Punya dah kecut perut nak jalan seorang nak naik lif. Punya lama saya tunggu lif tak turun-turun pun. Saya dah mula cuak dah sedangkan tak ada ramai penduduk pun nak lif lambat. Saya beranikan diri naik tangga. Dengan cara mengelupur tu saya tak fikir apa dah, terus tuju tingkat 6. Sampai ja depan pintu saya ketuk-ketuk macam nak pecah.

Kawan serumah saya buka pintu, terpinga-pinga dan terkejut. Saya sampai menjerit cakap pasal apa korang tinggalkan aku kat bawah weyh???

Dorang sesama dorang pandang dan cakap,

“Weyh tadi kami ikut kau kot sampai atas, lepastu kau terus masuk bilik? Tak cakap apa pun.”

Ha sudah sekarang yang dalam bilik tu siapa? Sebab dia menyerupai diri saya kot!

Memasing cuak. Kami terus tidur sama-sama. Tak masuk bilik dah.. cuak kot!

Dengar suara perempuan menyanyi

Setelah beberapa hari berlalu tiba-tiba pula aku demam teruk. Jadi aku terpaksa balik tapi nasib ada seorang adik kawan kami baru sampai ja dari kampung, jadi boleh lah dia temankan aku kat rumah.

Nak jadikan cerita, lepas aku balik klinik, biasalah dah mamai makan ubat, saya pun terus tidur kat ruang tamu. Dia pun turut tidur sebab penat baru sampai dari kampung.

Dalam sejam aku terlena, aku dengar dalam bilik air ada suara perempuan nyanyi sambil bukak air shower kuat.

Aku pun kejutkan kawan tu, dia bangun dia cakap, kenapa kak?

Aku cakap tolong tengokkan bilik air tu, dengar macam ada orang. Yelah, tengah mamaikan, ingat housemate dah balik. Sekali dia buka tak ada sesiapa pun. Kami pun sambung lena balik sebab masih mamai lagi.

Tiba-tiba dengar lagi benda yang sama. Aku dengan kawan pun cuak buka pintu bilik air tak ada siapa-siapa!! Arghhhh jemmm!!

Apa lagi kami cepat-cepat keluar rumah terus pergi ke tempat kerja dengan saya dah pucat lesi tambah dengan demam. Kawan-kawan terus cakap, “Apahal weyhh kau datang, kan kena rehat?!”

Saya pun ceritalah sampai habis. Dah memasing cuak nak balik lepas kerja.

Nampak 3 keluarga depan tingkap

Selang lagi beberapa hari lepas kejadian, tengah saya tidur tiba-tiba angin berderu masuk macam tingkap buka. Sekali saya bangun tengok ada 3 keluarga depan tingkap bilik tu. Ha sudaahh, dia muncul pulak siap memanggil-manggil..

Saya terus berlari ke bilik sebelah sambil mengigil kata ada hantu. Kawan-kawan pun apa lagi memasing takut tak ingat apa dah malam tu.

Esok tu tak puas hati, tanya uncle kedai runcit tu.

“Uncle boleh kami tau tak sini mmg berhantu ke?”

Uncle tu pun terus cakap,

“Aiyaa, korang tak tahu ka sini banyak kes bunuh diri ma sebab kalah judi.”

Tambah Zielyana, mereka ada meminta majikan agar dapat berpindah ke apartment lain, namun hasrat itu terpaksa dilupakan berikutan harga sewa yang mahal.

“Alahai kami ni bertabah ja. Tapi memang mula dari awal banyak benda berlaku. Kami memang akan tidur sekali sampailah masuk setahun dua tiga sambil pasang ayat Quran bila nak tidur.

Sebenarnya banyak ja yang kami lalui sepanjang tinggal disitu. Ada nampak orang memancing malam-malam buta dekat kaki bukit walaupun tak ada kolam dan pernah nampak binatang besar gila berbulu yang selalu ada di luar apartment.

Tapi kami buat tak tahu. Dalam berani ada juga yang takut cuma fikir tak dapat kerja lain ja masa tu lagi. Tidur pun tak aman sebab banyak benda berlaku. Kalau saya cerita ni, 1 buku tak habis sebab 3 tahun kan berada di sana.

Sumber: Zielyana Dahalan

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.