Siakap Keli

Pegawai Positif COVID-19, Muhyiddin Jalani Kuarantin 14 Hari Mulai Hari Ini

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini.

YAB Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis, 20 Mei 2020. Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat tersebut telah disahkan positif COVID-19.

YAB Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan COVID-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), YAB Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

Sumber: Pejabat Perdana Menteri

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.