Siakap Keli
kematian covid-19
Kredit: Google

(Video) 78 Kes Baru COVID-19, Dukacita Satu Kematian Dilaporkan Hari Ini -KKM

Putrajaya, 22 Mei- Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan 78 kes baru COVID-19 hari ini dengan satu kematian.

Maklumat ini dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah dalam sidang media hari ini.

“Sehingga 22 Mei 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 78 kes baru telah dilaporkan, menjadikan kes 7,137 kes dengan kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 1,163 kes.

Seramai 5 dari 9 pesakit di unit rawatan rapi (ICU)  memerlukan bantuan pernafasan.

Tambahnya, 25 dari 78 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan luar negara. Sementara itu, 40 dari 53 penularan tempatan melibatkan bukan warga negara Malaysia di depot tahanan di Bukit Jalil.

Sementara itu, satu kematian baru akibat COVID-19 telah dicatatkan melibatkan pesakit kes 3,616, menjadikan angka kematian di Malaysia 115 kes iaitu 1.6 peratus dari keseluruhan kes COVID-19.

Pesakit lelaki warga negara Malaysia berusia 65 tahun itu mempunyai latar belakang kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.

Mangsa dirawat di hospital Sungai Buloh pada 3 April dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mei 2020 jam 2.58 petang, kata Dr Noor Hisham.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.