Siakap Keli

(Video) Tips Pakai Topeng Muka Mudah Untuk Yang Berkaca Mata Guna 2 Benda Ni, Telinga Tak Berbirat

Pemakaian topeng muka pada ketika ini seperti satu keperluan yang wajib semasa negara kita sedang bergelut dengan penularan pandemik COVID-19. Umum mengetahui penyebaran virus ini boleh merebak melalui batuk, selesema dan sentuhan, oleh itu ramai rakyat Malaysia mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka.

Tips-tips dan infografik berkaitan cara pemakaian topeng muka banyak tersebar di media-media sosial. Hal ini merupakan salah satu usaha kementerian kesihatan dan kerajaan dalam memupuk amalan yang baru.

Namun, pemakaian topeng muka ini bukan satu yang mudah lebih-lebih lagi jika seseorang itu memakai dalam jangka masa yang panjang. Pemakaian yang terlalu lama ini akan menimbulkan rasa yang tidak selesa dan sakit pada bahagian belakang telinga. Rasa sakit ini bertambah lebih teruk jika seseorang itu memakai cermin mata.

Oleh itu, banyak inovasi yang dicipta oleh ramai pihak dalam mencari jalan penyelesaian ini. Sebagai contoh penyangkut telinga ‘Adapter Hook’.

Namun, tular di media sosial cara kreatif, mudah, dan murah untuk golongan yang memakai cermin mata dalam mengurangkan kesakitan semasa menggunakan topeng muka.

Ini bahan-bahan yang anda perlukan:

  1. 2 butang baju yang bersaiz sederhana.
  2. 2 plastik getah rambut      Cara penggunaanya:
      1. Anda perlu memasukan getah rambut pada dua bahagian lubang butang baju. Lakukan pada kedua-dua butang baju tersebut.
      2. Seeterusnya masukan getah yang telah digabuangkan dengan butang baju pada bingkai cermin mata. Pastikan butang baju tersebut berada di bahagian luar. Lakukan pada kedua-dua bingkai cermin mata.

    1. Akhir sekali, apabila memakai cermin mata, anda hanya perlu menyangkut tali topeng muka pada butang tersebut.

    Idea kreatif ini merupakan salah satu cara menyenangkan dan mengurangkan kesakitan bagi sesiapa yang memakai cermin mata untuk mengelakkan kesan berbirat di telinga anda.

    Selamat mencuba.

    Sumber: Twitter

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.