Siakap Keli

Kalau Dulu Imam Ingatkan Makmum Rapatkan Saf, Kali Ini Renggangkan Saf Untuk Jaga Jarak – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan Perutusan Khas Aidilfitri sempena berakhirnya ibadah puasa di bulan Ramadan dan umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok hari (Ahad, 24 Mei 2020).

Dalam perutusan tersebut mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia, sambutan Aidilfitri kali tentunya berbeza kerana kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Muhyiddin turut mengingatkan umat Islam untuk menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika menunaikan solat Aidilfitri di Masjid. Jaga jarak, guna cecair pembasmi kuman dan tidak perlu bersalam-salaman.

Kalau dahulu, Imam akan pesan rapatkan saf sebelum solat, kali ini tidak lagi. Imam perlu ingatkan makmum untuk renggang-renggangkan saf untuk menjaga penjarakan sosial.

Sumber: Perutusan Khas Aidilfitri, Perdana Menteri Malaysia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)