Siakap Keli
Kredit: Bernama/Google

”Kenapa Orang Mabuk Berbahaya?“ Doktor Dedah Kesan Alkohol Pada Otak “Stage by Stage” Ikut 5 Tahap Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini, kita mendengar berita kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk. Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk ini bagaikan tak lagi asing di negara kita hingga menimbulkan perdebatan dari pelbagai pihak.

Biarpun sebelum ini kerajaan pernah mengumumkan bakal memberikan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk, hal ini nampaknya tidak melegakan hati banyak pihak. Malah, ada yang menyarankan agar hukuman mati diberikan kepada pemandu mabuk yang menyebabkan kematian orang lain.

Terbaru, seorang doktor di Pusat Perubatan UIAM Kuantan, Dr Nizam Zakaria berkongsi beberapa sebab mengapa pemabuk berbahaya. Tanpa membuang masa, mari kita baca perkongsian beliau.

Kenapa Orang Mabuk Berbahaya?

Jom belajar kesan fisiologi alkohol kepada otak manusia.

Alkohol adalah kimia yang akan sampai ke otak bila diambil.

Di otak, ia akan melekat di 3 reseptor – dopamin, GABA dan Glutamate.

Dopamin ni yang buat pemabuk gembira.

Dopamin akan menimbulan sense of reward menyebabkan peminum arak sukar berhenti.

Tapi dua reseptor lagi – GABA dan Glutame akan buat kesan sebaliknya, kesan kemurungan.

Menyebabkan otak akan berhenti berfungsi tahap demi tahap ikut aras alkohol dalam darah.

0.07-0.09 kemerosotan minor pada pertuturan, memori, keseimbangan, pendengaran dan tempoh reaksi

0.125 semua di atas akan merosot dengan lebih signifikan – makin teruk

0.13 0.15 peminum alkohol mula jadi tidak tenteram, hilang kemahiran motor, koordinasi dan pandangan kabur.

0.25 kemerosotan dalam semua kapasiti mental, bahasa mudahnya sudah hilang akal, termasuk deria dan kemampuan fizikal

0.3 ke atas stupor, koma dan kematian

Bayangkan orang yang mabuk diberi stereng! Dan memandu!
Di jalanraya yang ada pemandu lain!

Sebenarnya bukan kereta sahaja tidak boleh diberi pada orang mabuk. Semua urusan lain tidak dibenarkan. Sebab apa? Sebab secara dasarnya bila hilang akal, mereka hilang kelayakan untuk segala urusan yang lain!

Sepatutnya kita faham kenapa Islam kata arak itu ibu segala maksiat!

Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan di Kuantan Malam tadi.

Bagi saya, ini antara keutamaan kerajaan hari ini untuk bertindak dengan kuasa yang ada. Jika tidak, kita akan pasrah menunggu kematian seterusnya yang mungkin jadi kita. Na’uzubillah.

Sumber: Dr Nizam Zakaria

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.