Siakap Keli
rentas negeri
Kredit: RTM/Bernama

Pemilik Syarikat, Jalankan Temuduga Secara Maya, Kita Tak Benarkan Rentas Negeri -Ismail Sabri

Putrajaya, 27 Mei – Kerajaan melarang sebarang bentuk rentas negeri termasuk urusan temu duga kerja dan sebagainya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media sebentar tadi.

“Seperti yang pernah saya sebutkan, dulu rentas negeri hanya untuk kes-kes kecemasan, kematian, sakit, nazak dan sebagainya melibatkan keluarga terdekat

“Tetapi beberapa hari sebelum Aidilfitri, kerajaan telah mengeluarkan arahan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali.”

Jadi untuk auditor pergi cek akaun syarikat, tentu tidak termasuk. Malah, audit ini langsung tidak termasuk dari segi kecemasan pun, jelasnya sebagai contoh.

Mengulas mengenai temu duga, beliau mencadangkan majikan untuk mengadakan temu duga secara atas talian.

“Sekarang zaman moden, tak perlu bersemuka untuk temu duga. Boleh Skype, sidang video. Gunakan maya untuk temu duga. Jadi saya nasihatkan syarikat-syarikat yang ingin membuat temu duga, gunakan temu duga secara maya kerana kita tidak benarkan rentas negeri setakat hari ini,” katanya.

Sumber:  RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.