Siakap Keli
george floyd
Kredit: CNN

Tindih Leher Lelaki Kulit Gelap Yang Kemudiannya Meninggal Dunia, Polis Dibuang Kerja, Rakyat Bangkit Protes

Amerika Syarikat, 27 Mei – Empat anggota polis di Minneapolis dipecat setelah didakwa terlibat dengan kes kematian seorang lelaki berkulit gelap yang ditangkap, dikasari dan akhirnya meninggal dunia.

Menurut CNN, lelaki berusia 46 tahun yang maut, George Floyde itu ditahan dan ditindih menggunakan lutut oleh seorang anggota polis yang mendakwa menahannya dalam siasatan kes penipuan.

Biarpun merayu tidak dapat bernafas, anggota tersebut tidak berganjak sehinggalah George tidak sedarkan diri. Dalam video yang tular, George dilihat terkulai ke jalan setelah beberapa minit ditindih anggota berkenaan.

Dia disahkan meninggal dunia setelah tiba di hospital.

Susulan itu, ratusan warga Amerika Syarikat turun ke jalanan dengan tanda ‘I Can’t Breathe’ sebagai protes terhadap insiden itu.

Walaubagaimanapun, himpunan itu disuraikan dipercayai menggunakan pemedih mata didakwa selepas berlaku kekacauan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey menyifatkan tindakan pegawai itu sebagai melanggar peraturan.

“Teknik digunakan adalah tidak dibenarkan, ini bukan teknik yang digunapakai dalam latihan pegawai kita.

“Tiada sebab mereka perlu menekan lutut ke atas leher seseorang,” katanya.

Sumber: CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.