Siakap Keli
Gambar hiasan Via Google

Harga Petrol RON97 Dan RON95 Naik 5 Sen, Diesel Naik 10 Sen Seliter

Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit bagi produk petroleum untuk tempoh 30 Mei 2020 sehingga 5 Jun 2020.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan menerusi akaun Twitter rasminya, harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 dilaporkan naik sebanyak 5 sen seliter manakala Diesel pula naik sebanyak 10 sen seliter.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu, kenaikan harga minyak tersebut dipengaruhi oleh harga minyak yang diproses (refined product) yang semakin meningkat, selari dengan kenaikan harga minyak mentah dunia.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus dipelihara.

Sumber: @MOFmalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa