Siakap Keli

Lelaki Tertua Dunia Meninggal Di Usia 112 Tahun

Lelaki tertua di dunia, Bob Weighton, telah meninggal dunia akibat kanser pada usia 112 tahun.

Bekas guru dan jurutera dari Alton, Hampshire, memegang gelaran sebagai lelaki tertua di dunia menurut Guinness World Records pada bulan Febuari lepas selapas kematian pemegang gelaran sebelum ini, Chietsu Watanabe dari Jepun.

Kematian Bob disahkan oleh kelurganya kepada media melalui satu kenyataan “Dengan penuh kesedihan kami memaklumkan Bob Weighton yang kita sayangi telah meninggal dunia.” Bob Weighton meninggalkan tiga anak, 10 cucu dan 25 cicit.

“Beliau meninggal dalam keadaan yang tenang semasa tidur akibat barah pada pagi Khamis, 28 Mei 2020 di kediamannya” tambah mereka.

Kematian Bob merupakan kehilangan yang sangat besar bagi keluarganya kerana mereka melihat Bob Weighton sebagai lelaki yang luar biasa.

“Dia memberi teladan yang baik dengan melihat semua orang di dunia ini merupakan keluarganya saling mengasihi, menerima dan menjaga antara satu sama lain.”

Bob baru sahaja menyambut hari jadinya ke 122 tahun pada 29 Mac lepas secara tertutup yang dihadiri ahli keluarganya.

Weighton dilahirkan di Yorkshire pada 29 Mac 1908 yang secara kebetulan adalah hari lahir yang sama dengan wanita tertua di Britain iaitu Joan Hocquard.

Sumber: bbc.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.