Siakap Keli

Ratusan Pekerja Protes Penutupan Kilang Nissan Di Barcelona

Keputusan Nissan Motor Co. menutup kilang di Barcelona mencetuskan kemarahan di kalangan pekerja. Ribuan pekerja berkumpul di hadapan kilang Nissan yang ditutup dan membakar tayar yang menghalang laluan masuk kilang tersebut..

Keputusan ini diambil walaupun selepas kerajaan Spanyol berusaha untuk memastikan kilang tersebut masih beroperasi, kata menteri luar negeri Arancha Gonzales Laya.

“Kami kesal akan keputusan Nissan untuk meninggalkan bukan hanya Spanyol tetapi Eropah untuk memusatkan perniagaannya di Asia” tambahnya.

Seramai 3,000 pekerja kilang dan 22,000 peluang pekerjaan secara tidak langsung di kilang ini terjejas selepas lebih 4 dekad beroperasi.

Nissan mengambil keputusan yang sukar dengan menutup kilang untuk mengurangkan lebihan kapasiti pengeluaran dan meningkatkan daya saing syarikat secara keseluruhan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Makoto Uchida dalam satu kenyataan.

Sumber: Bloomberg techxplore.com

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.