Siakap Keli

Reman Pemandu Disyaki Mabuk Dilanjut Tiga Hari

KUANTAN, 29 Mei — Tempoh reman terhadap peraih ikan yang disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penyelia sebuah syarikat pembersihan, Isnin lepas, disambung selama tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali mengesahkan perkara itu menerusi kenyataan media ringkas di sini, hari ini.

Reman terhadap suspek lelaki berusia 42 tahun dan berasal dari Tanah Putih di sini, dijadualkan tamat pada hari ini.

Pada kejadian 9.20 malam Isnin lepas, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut selepas kereta Toyota Yaris dipandunya dirempuh kereta Toyota C-HR yang dipandu dalam keadaan melawan arus di Jalan Pintasan Kuantan, di sini.

Suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol didakwa telah memandu menentang arus sejauh tujuh kilometer selepas masuk ke jalan itu dari susur masuk Semambu.

Suspek yang hanya mengalami cedera ringan pada kaki difahamkan telah mengambil minuman keras di rumah rakannya di sebuah taman perumahan di Semambu sebelum kejadian.

Sumber: BERNAMA

Aina

Betulkan Yang Biasa , Biasakan Yang Betul