Siakap Keli

Lebih 20K Perkongsian, Ini DIY Nak Buat Rod Penggantung Langsir Guna Paip PVC Dengan Modal Murah

Langsir jenis ‘ring’ yang menggunakan batang kayu rod menjadi pilihan ramai kerana lebih kemas dan mudah untuk dipasang.

Namun, kayu rod yang digunakan agak mahal dan menelan belanja yang besar. Ditambah dengan upah pemasangannya, ramai yang terpaksa melupakan hasrat tersebut.

Tetapi bagi anda yang ingin berjimat dengan modal yang rendah, apa kata anda cuba DIY sendiri rod langsir menggunakan paip PVC seperti yang dikongsikan oleh Shafiq Abdul Hamid seperti di bawah. Selamat mencuba!

Assalamualaikum.. kepada makcik, pakcik, abang dan kakak…

Yang mana teringin nak pakai lansir ring macam ni… tapi tak ada modal nak beli kayu tu… boleh buat guna paip, modal tak mahal sangat….

Guna paip saiz 20mm ok.. besi L tu boleh dapatkan di kedai eco, yang lain-lain tu kedai hardware langsir saya beli kat d.i.y je…

Dapatkan paip PVC di SINI

Dapatkan langsir di SINI

Dapatkan PVC pipe clip U di SINI

Sumber: Shafiq Abdul Hamid

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.