Siakap Keli

Selepas George Floyd, Tular Satu Lagi Video Lelaki Tengah ‘Berbarbeque’ Maut Didakwa Ditembak Polis Di Amerika

Seorang pengusaha restoran barbeku, David McAtee mati terbunuh akibat ditembak pihak polis dalam satu kejadian di himpunan tunjuk perasaan atas kematian George Floyd di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat (US), baru-baru ini.

Menurut polis, tembakan itu berlaku ketika pihak berkuasa cuba melawan asakan dan menyuraikan sekumpulan besar penunjuk perasaan di situ.

Polis dipecat kerana tiada bukti rakaman kejadian

Dalam pada itu, anggota polis yang terlibat dalam kejadian tembak mati lelaki tersebut telah dipecat atas kesalahan tidak mengaktifkan kamera video badan yang dipakainya sewaktu bertugas.

Jelas Datuk Bandar Louisville, Greg Fischer, pihak berkuasa kekurangan sumber video bagi membantu siasatan (kes) berkenaan selepas beberapa jam gabenor meminta pihak polis menyerahkan video kejadian tersebut.

“Ini adalah kegagalan yang tidak boleh dimaafkan.

“Oleh itu, saya telah melepaskan (pecat) Steve Conrad (polis) dari jawatannya,” katanya lagi.

Ibu David McAtee tidak menerima kematian anaknya yang dianggap dibunuh tanpa sebab. Gambar: Agensi

Sementara itu, gabenor, Andy Beshear berkata kemudian, kekurangan rakaman video insiden tembak maut itu sangat tidak boleh diterima.

“Inilah sebabnya mengapa kami memerlukan kamera itu.

“Setiap kamera (video) yang digunakan pegawai polis mesti akan dilihat semula,” katanya tentang keperluan kamera itu untuk membantu siasatan kes di samping orang awam boleh turut melihat dan menilai kejadian tersebut.

Dakwanya, dia berjanji bahawa siasatan kes tersebut akan dijalankan secara telus dan mengambil masa kurang dari sebulan.

Merujuk The Guardian, peguam US berkata, pihak persekutuan akan bekerjasama dengan polis negeri bagi menyiasat kejadian tembak maut itu.

Matinya seorang dermawan

David McAtee atau Yaya ketika masih hidup, dia kerap memberi makanan percuma kepada anggota polis yang datang ke premisnya.

Perkara tersebut turut diakui oleh datuk bandar, Fischer dalam satu kenyataan.

“Kita telah kehilangan seorang rakyat yang baik, iaitu David McAtee.

“Davis dikenali oleh ramai orang, dan dia digelar sebagai Barbecue man,” ujarnya.

McAtee terkenal dalam kalangan penduduk di situ sebagai seorang yang baik hati serta dermawan. Gambar: Twitter

Sementara itu, ibunya, Odessa Riley turut bersedih dengan kematian anaknya.

“Mereka (polis) membunuhnya tanpa sebarang sebab.

“Dia berniaga untuk mendapatkan wang yang banyak demi menyara hidupnya.

“Dan polis pula menembaknya seperti anjing..ah, saya tidak boleh menerimanya,” luahnya sambil menitiskan air mata.

Hasil siasatan terkini

Menurut laporan terkini AP, satu rakaman video yang didedahkan pihak polis menunjukkan bahawa David McAtee didakwa mengeluarkan senjata api ketika pihak berkuasa berada berdekatan dengan restorannya, kata ketua polis pada Selasa (semalam).

“Video ini menunjukkan Encik McAtee melepaskan senapangnya di luar pintu premisnya.

“(Namun) Ia tidak cukup membuktikan segalanya, tetapi kami akan menyiasat dengan lebih terperinci,” kata ketua polis, Robert Schroeder.

Siasatan dan laporan lanjut akan menyusul dari semasa ke semasa.

Sumber: Twitter, The Guardian, AP, CNN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.