Bekas isteri kepada bekas pegawai polis Minneapolis; Derek Chauvin yang dituduh membunuh George Floyd sehingga mencetuskan rusuhan di Amerika Syarikat, iaitu Kellie Chauvin memohon untuk tukar nama akhir (nama keluarga) serta penama kediaman mereka.
Menurutnya dalam fail permohonan tersebut, dia mahu menukar nama akhirnya, selain daripada beberapa permintaan lain.
Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan (setakat ini) nama keluarga mana yang akan digunakan sejurus urusan penceraian berakhir, tetapi mengikut kepada nota petisyen, sebelum ini dia dikenali dengan nama Kellie Thao dan Kellie Xiong, memetik laporan CNN.
Selain itu, Kellie turut memohon segala haknya serta penama bagi hartanah mereka di Oakdale, Minnesota, dan Windermere, Florida yang terletak di kawasan bandar Orlando, Amerika Syarikat (US).
Tidak kurang juga, dia memohon pembahagian hak yang adil bagi kenderaan dan akaun bank yang pernah dikongsikan mereka ketika masih bersama.
Dalam pada itu, dia turut tidak memohon sokongan (kewangan) suami isteri sejak mampu menjana pendapatan sendiri sebagai agen hartanah, jelas laporan itu.
Mengimbas kembali, Kellie bercerai dengan suaminya pada 28 Mei lalu, iaitu sehari sebelum bekas suaminya dikenakan hukuman atas kesalahan melakukan pembunuhan tahap tiga serta melibatkan pembunuhan tahap kedua hingga melibatkan kematian seorang pemuda kulit hitam, George Floyd.
BACA: Malu Dengan Tindakan Suami, Isteri Polis Didakwa Bunuh George Floyd Tuntut Cerai
Latar belakang Kellie Chauvin
Kellie Chauvin dilahirkan di Laos dan kemudian berpindah ke Wisconsin, US selepas keluarganya melarikan dari kem pelarian.
Dia mempunyai dua anak semasa dalam perkahwinan terdahulu, menurut laporan Pionerr Press berkenaan profil dirinya pada 2018 lalu.
Selain itu, dalam profil yang sama, dia mengenali Derek Chauvin (bekas suaminya) di sebuah pusat perubatan tempat dia bekerja, semasa Derek membawa seorang suspek untuk menjalani pemeriksaan kesihatan di sana sebelum dibawa ke penjara.
Setakat ini, Kellie belum mengeluarkan sebarang kenyataan umum sejak permohonan tuntutan cerai daripada bekas suaminya, tetapi firma guaman pada Jumaat lalu menjelaskan bahawa dia telah berasa hancur (kecewa) dengan kematian George Floyd, serta berasa simpati dengan keluarganya atas tragedi tersebut.
Sumber: CNN