Sebuah kereta dilaporkan terbabas dan terhenti dalam keadaan berbahaya seakan melawan arus di Jambatan Kedua Pulau Pinang.
Perkara ini disahkan pihak pengurusan Jambatan Kedua Pulau Pinang (JSAHMS) dalam satu balasan kepada seorang pengguna di Twitter yang memuatnaik video berkenaan.
“Untuk maklumat, kereta tersebut terlibat dengan kemalangan dan terbabas serta terhenti di lorong kanan. Kedudukan kereta tersebut seakan melawan arus,” tulis JSAHMS.

Dalam video tular di Facebook, kelihatan sebuah kereta berwarna perak bergerak perlahan dalam keadaan bertentangan dengan kenderaan lain di selekoh berhampiran susur keluar jambatan.
Insiden itu terakam pada kamera dashboard sebuah kereta di belakangnya yang sempat mengelak dari merempuh kenderaan tersebut.
Sumber: Facebook, Twittter