Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Keahlian Tiga ADUN Perlis Terhenti Serta-Merta – Presiden PAS
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang memaklumkan bahawa keahlian tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis terhenti serta-merta.
Menerusi satu kenyataan, Hadi berkata keputusan pemberhentian itu dilakukan selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang bersidang pada Rabu membuat ketetapan berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan PAS (Pindaan 2025).
Tiga ahli PAS itu ialah ADUN Chuping Haji Saad Seman, ADUN Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim.
“PAS akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta-merta,” katanya.
Sumber: Abdul Hadi Awang