Siakap Keli
Kredit: BBC/CNBC Indonesia

Dipercayai Ramai Tak Patuh Penjarakan Sosial, Surabaya Diisytihar ‘Zon Hitam’ COVID-19

Jawa Timur, 4 Jun – Ibu kota Jawa Timur, Surabaya dilaporkan menjadi zon hitam COVID-19 di wilayah ini. Menurut ahli epidemiologi dari Universiti Griffith, Dicky Budiman berkata, zon hitam berlaku apabila kes sudah melangkaui 2,000 kes, sekaligus menjadikan sesebuah kawasan darurat.

Jawa Timur mencatatkan 437 kes kematian akibat COVID-19 dengan kes tertinggi semalam (3 Jun) dengan 11 kematian. Dari keseluruhan 5,310 kes COVID-19 di wilayah tersebut, sebanyak 2,803 kes dicatatkan berlaku di Surabaya.

Angka itu menghampiri jumlah keseluruhan kes maut COVID-19 di Jakarta yang mencecah 529 kematian dari 7,539 kes setakat ini.

Sementara itu menurut BBC Indonesia, kelemahan penguatkuasaan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) merupakan antara faktor penularan serius COVID-19 di sana.

Surabaya dilaporkan melaksanakan PSBB bermula 28 April dan dilanjutkan sebanyak dua kali. Fasa ketiga PSBB di sana dijangka berakhir pada 8 Jun ini.

Walaubagaimanapun, ahli epidemiologi dari Universitas Airlangga, Windhu Purnomo berkata PSBB tidak mencapai matlamat dan Surabaya masih belum aman.

“Penyebabnya kenapa masih belum aman ialah sikap masyarakat kerana pemerintah tidak melakukan pengawalan ketat. Tidak ada saringan di jalanan di Surabaya, hanya di checkpoint-checkpoint di bandar,” katanya.

“Ya sudahlah, sekarang ini seperti tiada PSBB,” katanya.

Pemerhatian wartawan BBC juga mendapati trafik sibuk di beberapa jalan utama di Surabaya. Malah, kegiatan ekonomi penduduk tempatan masih dilihat berlaku seperti biasa dengan hanya sebahagian premis ditutup manakala sebahagian lain masih dibuka seperti biasa.

zon hitam surabaya covid-19
Suasana penduduk tempatan surabaya yang masih beraktiviti ketika PSBB. (Kredit: BBC)

Sumber: Kompas, CNBC Indonesia, Surabaya Tribun News, Corona Jakarta, Info COVID Jawa Timur

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.