Siakap Keli

Dituduh Bunuh Seorang Lelaki, Empat Sekawan Berdepan Hukuman Mati

JOHOR BAHRU, 4 Jun — Empat sekawan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di sebuah taman permainan kanak-kanak di Taman Sri Pulai, Iskandar Puteri, Ogos tahun lalu.

Tertuduh, S.Prasan, 23; P. Saarvin, 23; S. Pravinraj, 30, dan A. Vinotkumar, 33, menggangguk faham apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Zaki Abd Rahman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat mereka didakwa secara bersama-sama membunuh J.K Sritharan, 20, di Jalan Meranti 13, Taman Sri Pulai pada jam 12.50 tengah malam, 10 Ogos tahun lalu.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati.

Mahkamah menetapkan 17 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Chan Choon Yew manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: BERNAMA

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.