Siakap Keli

(Video) Hujan Lebat & Angin Kuat, Puluhan Kenderaan Termasuk Penunggang Motosikal Terkandas Di Jabatan Pulau Pinang Pagi Tadi

Bayangkan, anda dalam perjalanan menuju ke tempat kerja seperti biasa pada waktu pagi dengan menaiki motosikal.

Tiba-tiba di pertengahan jalan, hujan turun dengan lebatnya, keadaan trafik pula sesak.

Hujan terlalu lebat, angin pula bertiup sangat kencang, apa yang anda akan lakukan dalam waktu genting itu?

Begitulah yang dirasai oleh sebahagian besar orang awam yang terkandas di atas Jambatan Pulau Pinang sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi.

Satu rakaman video berdurasi 12 saat yang memaparkan situasi tersebut dimuat naik oleh pengguna Facebook, Srikandi Ila.

Kelihatan penunggang-penunggang motosikal terpaksa berhenti di bahu jalan kerana kadar penglihatan yang rendah akibat hujan yang begitu lebat.

Sementara itu, di halaman Facebook Penang Kini, beberapa netizen (mungkin penduduk Pulau Pinang) turut berkongsi pengalaman mereka berkenaan situasi tersebut.

 

 

 

Bukan mudah untuk mencari rezeki demi hidup.

Ada saja ujian yang Allah turunkan agar mereka menjadi kuat dalam mendepani segala cabaran.

Semoga mereka yang sering diuji sebegini dimurahkan rezeki olehNya.

Sumber: Srikandi Ila, Penang Kini

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.