Siakap Keli

(Video) Wanita Ini Biarkan Siput ‘Mengesot’ Di Mukanya, Dakwa Boleh Buat Kulit Jadi Cantik

Tular di lama sosial Twitter satu video berdurasi 14 saat yang menunjukkan seorang wanita membiarkan seekor siput mengesot di wajahnya yang dipercayai sebagai salah satu alternatif rawatan kecantikan. Sampai ke harini ini video yang dimuat naik tersebut mendapat 200 ribu tontonan.

Rawatan tersebut dikenali sebagai ‘Snail Truecica’ yang terkenal sebagai salah satu penjagaan kulit yang mengandungi ekstrak lendir siput dimana dipercayai dapat memberikan kelembapan pada kulit.

Menurut seorang pakar kulit di Indonesia, Dr. Dedianto Hidajat, beliau mengatakan kaedah tersebut dianggap salah dalam rawatan wajah. Tambahnya lagi walaupun sekarang tular produk penjagaan muka yang mengunakan ekstrak dari lendir siput namun produk tersebut telah diuji dan melalui proses tapisan dan pembuangan bahan yang tidak diperlukan.

Menurut beliau, membiarkan siput di muka atau anggota badan lain merupakan perkara yang konservatif pada era yang serba moden ini.

Jika siput diletakkan secara terus ke wajah tanpa mengetahui adakah siput mempunyai ekstrak lendir yang baik akan menyebabkan kesan sampingan ditakuti boleh menjejaskan kesihatan. Dr. Dedianto juga menambah, risiko seperti alergi, iritasi dan jangitan pada kulit wajah mungkin akan terjadi.

Ketika ditanya berkaitan manfaat lendir siput yang mampu menyembuhkan luka, beliau mengatakan terdapat beberapa jenis lendir yang memiliki khasiat menyembuh luka. Namun kandugannya hanya bersifat sementara kerana belum ada bukti ilmiah atau penyelidikan berkaitan lendir siput.

Sumber: Kompas

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.