Siakap Keli
Gambar: IG ZizanRazak / Petronas Motorcross Youtube

(Video) Zizan Tak Kisah Kena ‘Sekolah’, Ambil Pengajaran Dari Tiga ‘Champion Riders’

Kalau disebut nama Zizan Razak, sudah pastinya ramai yang mengenali individu. Pelakon, pelawak dan pengacara terkenal tanah air ini sering menyebabkan orang ramai tak kering gusi tertawakan telatahnya yang bersahaja.

Sekiranya dilihat kepada kehidupannya, sudah pasti ramai yang mengetahui mengenai minat Zizan terhadap motosikal. Disebabkan itu juga, Zizan telah diberikan peluang untuk belajar teknik tunggangan yang betul daripada tiga orang pakar.

Namun, apa yang menariknya kali ini ialah Zizan akan menggunakan motorcross di laluan off-road. Teknik ride motosikal off-road sebenarnya juga dapat diaplikasikan pada motosikal kapcai seperti yang kebiasaan orang gunakan. Perkara ini adalah kerana ketika menunggang motosikal off-road, aspek keselamatan seperti sistem brek, pecutan, dan kawalan dipertingkat kerana risiko untuk jatuh adalah lebih tinggi. Boleh dikatakan, sesiapa yang mahir mengendalikan jentera di off-road dapat mengawal motosikal dengan baik ketika berada di jalan raya.

Pun begitu, sebelum memulakan sebarang tunggangan, aspek keselamatan perlulah diutamakan. Zizan telah diberikan jaket keselamatan dan juga alat perlindungan yang boleh meminimakan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut professional rider, terdapat tiga teknik yang perlu dikuasai oleh seorang penunggang motosikal. Antaranya ialah pengendalian brek, mengawal pecutan dan juga kawalan mengambil selekoh.

Pengendalian Brek

Brek merupakan elemen paling penting untuk memperlahankan dan juga menghentikan motosikal. Walaupun nampak mudah, namun terdapat tiga amali yang perlu dikuasai oleh seseorang. Antara yang didedahkan kepada Zizan ialah posisi badan perlu berada dalam keadaan tegak sebelum menggunakan brek.

Selain itu, pengendalian brek yang baik juga adalah brek tangan ataupun brek bahagian hadapan tidak boleh ‘dikunci’ secara tiba-tiba. Syarat yang ketiga pula ialah tayar di bahagian belakang tidak boleh terangkat.

Mengawal Pecutan

Pecutan ataupun yang lebih sinonim dengan bahasa permotoran iaitu starting, perlulah dikawal dengan baik supaya tidak melengahkan masa. Perkara ini adalah kerana starting dengan putaran roda berlebihan boleh menyebabkan penunggang terutamanya di arena off-road ketinggalan.

Syarat yang kedua pula ialah tayar dihadapan tidak boleh terangkat kerana ianya adalah satu kesalahan. Permulaan yang sempurna juga sangat penting bagi seorang penunggang kerana boleh mempengaruhi teknik kawalan kenderaan.

Kawalan Mengambil Selekoh

Menurut salah seorang pelumba, ketika menghadapi selekoh, brek dan juga throttle tidak boleh digunakan secara mendadak. Perkara ini supaya tayar tidak mudah tergelincir terutamanya ketika mengambil selekoh.

Dia juga ada berkongsikan tips terbaik iaitu menggunakan brek sebelum mengambil selekoh. Kemudiannya, throttle boleh digunakan semua selepas selesai mengambil selekoh.

Selepas mempelajari ketiga-tiga teknik, nyatanya Zizan sangat berpuas hati dengan tunjuk ajar yang diberikan oleh ketiga-tiga #Pengejar-Impian tersebut. Menurut Zizan, ianya bukan sekadar pengalaman, namun juga dianggap sebagai pengajaran kepadanya untuk menunggang motosikal dengan menggunakan teknik yang betul.

Ketiga-tiga jejaka yang memberi tunjuk ajar merupakan juara-juara PETRONAS Cub-Prix yang nyatanya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan kenderaan dua roda tersebut.

Mereka adalah Ahmad Afif Bin Amran, Muhammad Haziq Bin Muhammad Fairues, dan juga Muhammad Akid Bin Aziz. Ketiga-tiga mereka mempunyai rekod Juara PETRONAS Malaysia Cub Prix Championship.

Selain daripada kejayaan tersebut, mereka bertiga juga turut mempunyai kejayaan-kejayaan yang lain. Tidak terhenti setakat itu, mereka juga berazam untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang bersama Pasukan PETRONAS.

Semangat Pengejar Impian yang ditunjukkan oleh generasi muda seperti ini sangatlah diperlukan bagi mengharumkan nama Malaysia di peringkat yang lebih besar.

Macam mana mengejar impian pun, keselamatan tetap kena jaga

Seperti yang diketahui ramai, PETRONAS menjalankan pelbagai usaha bagi memberi galakan kepada mereka yang bersungguh-sungguh dalam mengejar impian masing-masing.

Anda boleh layari PETRONAS Motosports YouTube dan tonton semua klip #PengejarImpian PETRONAS

 

 

 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa