Siakap Keli

Wanita Terkejut Temui 40 Ekor Anak Ular ‘Tinggal’ Dalam “Aircond” Rumahnya

Meerut — Kejadian aneh ini berlaku di sebuah rumah di daerah Meerrut, India menimbulkan ketakutan penduduk di kawasan itu.

Anak ular itu ditemui oleh seorang petani semasa beliau pergi ke bilikya dan mendapati terdapat seekor anak ular di atas lantai. Tanpa berfikir panjang, dia hanya mengambil reptilia tersebut dan membuangnya di luar rumah.

Tidak lama kemudian, ketika kembali ke bilik untuk tidur, 3 lagi anak ular dijumpai berada di atas katilnya dan beberapa ekor lagi sedang berlingkar keluar dari penghawa dingin.

Risau akan keselamatan rumah, anggota keluarganya mengambil tindakan dengan membuka penutup penghawa dingin dan terkejut apabila menemui 40 ular lagi berada di dalam paip.

Penduduk kampung berkumpul di rumah petani tersebut apabila mendengar kejadian tergempar ini untuk melihat anak ular bekenaan.

Dengan bantuan dari penduduk kampung, kesemua anak ular tersebut dimasukan ke dalam beg dan dilepaskan di kawasan hutan yang berdekatan.

Dr R.K Vatsal, seorang doktor veteriar di India mengatakan alat penyaman udara itu tidak digunakan atau tidak di servis dalam beberapa bulan dan berkemungkinan ibu anak ular tersebut bertelur di paip dan telur tersebut telah menetas.

Sumber: GulfNews

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.