Siakap Keli
Gambar: RTM

Kerajaan Umum Pelan Jana Semula Ekonomi Dengan Tiga Teras Utama, Inisiatif Bernilai 35 Bilion Ringgit

Putrajaya, 5 Jun – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi.

Katanya, bagi fasa pemulihan ekonomi yang terkesan akibat COVID-19, kerajaan telah meletakkan tiga teras utama bagi merangsang ekonomi negara.

“Kerajaan telah mengenalpasti tiga teras utama iaitu memperkasakan rakyat, melonjakkan perniagaan dan merangsang ekonomi.

“Secara keseluruhan terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion. Dari jumlah ini sebanyak RM 10 bilion merupakan suntikan secara langsung dari kerajaan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Untuk menangani kadar pengangguran, kerajaan memperuntukkan RM9 bilion untuk 3 juta tenaga pekerja dengan beberapa insentif antaranya perluasan subsidi upah serta insentif pengambilan pekerja RM1.5 bilion untuk menggalakkan pengambilan pekerja oleh majikan.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.