Selaras dengan fasa penjanaan semula ekonomi negara serta sekatan merentas negeri, aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa orang ramai kini boleh bercuti bersama keluarga di dalam negeri dengan syarat mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal.
#PKPP Aktiviti pelancongan domestik akan dibenarkan – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/Ax0v9fkMBk
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 7, 2020
Pun begitu, beliau turut memaklumkan bahawa, orang ramai yang berhasrat untuk melancong ke luar negara perlu membatalkan hasrat tersebut. Ini kerana, pintu sempadan negara masih lagi ditutup.
“Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup”, ujarnya.
#PKPP: Sempadan negara masih ditutup – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/wfynycIx6C
— BERNAMA (@bernamadotcom) June 7, 2020
Sumber: Bernama