Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Industri Pelancongan Malaysia Berkembang Kerana Negara Aman – PM Anwar

Iqbal Yasir
tempoh jawatan pm
Gambar: Bernama TV

Industri Pelancongan Malaysia Berkembang Kerana Negara Aman – PM Anwar

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa industri pelancongan Malaysia terus berkembang kerana keadaan negara yang aman dan kepelbagaian kaum dari seluruh negeri.

Beliau berkataan demikian sewaktu ucapan perasmian sempena Majlis Peluncuran Inovasi Pencahayaan Ke Arah Kelestarian Bandar “I Lite U” pada malam ini di sini, di Pavilion Bukit Bintang.

“Industri pelancongan itu suatu yang berkembang, tetapi ia berjaya kerana negara ini aman, semua kaum seperti yang kita lihat di sini.

“Dari semua negeri dan kita lihat budaya, seni dari Perlis sampai Sabah, Sarawak.. semua kaum kerana kita bangga dan ini mesti kita pertahankan. We are proud of Malaysian,” kata Anwar dalam ucapan itu.

Dalam masa yang sama, majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran pemenang Anugerah Oscar, Tan Sri Michelle Yeoh.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh; Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing; Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta beberapa menteri dan timbalan menteri lain.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua menteri yang hadir bagi menyokong penganjuran projek ‘I LITE U’ di Kuala Lumpur.

Sumber: Bernama TV

BACA: Venezuela Tangga Teratas, Ini 5 Negara Pemegang Rizab Minyak Terbesar Dunia