Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
5 negara rizab minyak terbesar dunia
Gambar: Bernama

Venezuela Tangga Teratas, Ini 5 Negara Pemegang Rizab Minyak Terbesar Dunia

Iqbal Yasir

Venezuela Tangga Teratas, Ini 5 Negara Pemegang Rizab Minyak Terbesar Dunia

Minyak mentah adalah sumber bahan api utama dunia dan sumber tenaga primer terbesar secara keseluruhan.

Sehingga kini, tidak dapat dinafikan bahawa produk petroleum banyak digunakan sebagai bahan bakar untuk pengangkutan dan penjanaan elektrik.

Selain itu, minyak juga digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan plastik, bahan kimia, dan pelbagai bahan sintetik lain.

Disebabkan penggunaannya yang meluas, banyak negara, termasuk Malaysia, memperoleh manfaat besar daripada hasil galian minyak.

Namun, pernah tak anda terfikir, negara manakah yang memimpin rizab simpanan minyak terbesar dunia ketika ini?

Sehubungan itu, SK hari ini, akan berkongsi senarai 5 negara dengan rizab minyak terbesar dunia di bawah.

Apa itu Rizab Minyak?

Rizab minyak ialah anggaran jumlah minyak mentah yang belum dilombong di sesebuah negara yang boleh diperoleh dengan teknologi semasa dan pada kos yang berdaya maju dari segi kewangan berbanding harga minyak semasa.

5 Negara Pemegang Rizab Minyak Terbesar

1. Venezuela (303.2 bilion tong)

2. Arab Saudi (267.2 bilion tong)

3. Iran (208.6 bilion tong)

4. Iraq (145 bilion tong)

5. Emiriah Arab Bersatu, UAE (113 bilion tong)

Bagaimana Aksesibiliti Minyak Pengaruhi Keuntungan?

Menurut data laporan World Population Review, Venezuela mempunyai jumlah rizab minyak terbesar di dunia dengan lebih 300 bilion tong simpanan.

Manakala Arab Saudi mempunyai jumlah rizab minyak kedua terbesar di dunia dengan sedikit lebih 267 bilion tong.

Walaupun Venezuela mempunyai bekalan sumber semula jadi yang sangat banyak, negara itu masih menghadapi kesukaran dari segi ekonomi.

Difahamkan, Venezuela dan Arab Saudi mempunyai simpanan yang bersaiz hampir sama, namun ekonomi Arab Saudi adalah dua kali lebih besar.

Ini kerana salah satu sebab utama perbezaan ini ialah aksesibiliti rizab minyak pada setiap negara.

Walaupun Venezuela mempunyai rizab minyak terbesar di dunia, kebanyakan minyaknya berada di luar pesisir atau jauh di bawah tanah dan dianggap berketumpatan tinggi.

Oleh itu, kos untuk mengekstrak minyak dari rizab Venezuela menggunakan teknologi yang tersedia sekarang terlalu tinggi untuk menjana keuntungan.

Sebaliknya, rizab minyak Arab Saudi terletak berhampiran permukaan dan di daratan, menjadikan minyak lebih mudah diakses dan proses pengekstrakan jauh lebih kos efektif.

Ia secara tidak langsung menjadikan sektor minyak Arab Saudi jauh lebih menguntungkan

Sumber: World Population Review

BACA: Senarai 9 Negara Yang Tak Sambut Tahun Baharu