Siakap Keli

Lepas Gajah, Tular Pula Mengenai Lembu Bunting Cedera Lepas ‘Jamah’ Makanan Dililit Mercun

Dunia sebelum ini dikejutkan dengan seekor gajah bunting yang ditemui mati dipercayai kerana memakan nenas yang mengandungi bahan letupan.

Nasib yang sama juga menimpa pada seekor lembu bunting di Himachal, India. Haiwan itu dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian rahang.

Seorang pegawai kanan polis mengatakan bahawa lembu diberi makan mercun yang disumbat dalam adunan gandum.

Kejadian itu didakwa berlaku pada 26 Mei lalu di kawasan Jhandutta, daerah Bilaspur namun hanya diketahui pada Sabtu apabila pemilik lembu tersebut memuat naik sebuah video di media sosial yang memaparkan haiwan itu cedera pada bahagian rahang.

Video itu kemudian telah tular dan orang ramai menyeru agar tindakan tegas diambil ke atas pelaku.

Menurut sumber, pemilik lembu tersebut telah menuduh salah seorang jirannya yang telah melakukan perbuatan itu.

Superintendan Bilsapur (SP), Devakar Sharma, mengatakan lembu itu diberi makan mercun yang mempunyai kadar letupan yang tinggi yang dipanggil ‘aalu bomb’.

Tambahnya lagi, kes di bawah Seksyen 286 Akta Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan telah didaftarkan dan peranan tertuduh dan beberapa yang lain sedang disiasat.

Kaedah kejam ini dikatakan digunakan oleh pemburu haram untuk membunuh babi hutan dan haiwan liar yang lain. Sebilangan penduduk tempatan mendakwa bahawa petani di Himachal Pradesh juga mempraktikkan kaedah tersebut untuk menyelamatkan tanaman mereka dari haiwan liar.

Sumber: Hindustan Times

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa