Siakap Keli

(Video)“Abang Sampai Meraung,” Lelaki Sebak Terima ‘Kejutan’ Daripada Adik-Adik Walau ‘Birthday’ Belum Tiba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kawan mungkin boleh datang dan pergi silih berganti. Tetapi, hubungan adik beradik tidak akan terganti meskipun berlaku perbalahan di antara satu sama lain. Merekalah orang yang sentiasa menyokong dan tetap berada dibelakang kita walau apa yang terjadi. Kerana hubungan adik beradik adalah satu ikatan yang tersimpul mati dan tidak akan terlerai.

Dalam satu perkongsian di laman Twitter milik AkuPojieNawawi  ada berkongsi rakaman video dia bersama adik beradik yang lain telah membuat kejutan dengan memberi hadiah telefon buat abangnya. Walaupun, hari lahir abangnya adalah pada minggu hadapan.

Ciapan yang mendapat perhatian ramai sehingga ribuan tanda suka itu nyata memberikan reaksi orang ramai yang melihat video tersebut. Rata-rata mereka turut gembira melihat hubungan akrab diantara adik beradik itu.

Sumber: AkuPojieNawawi

Nurul Najiha

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa