Siakap Keli

Kerajaan Setuju Benarkan Rakyat Malaysia Berulang-Alik Ke Singapura Untuk Bekerja, Hanya Tunggu Rundingan Selesai

Kerajaan bersetuju membenarkan rakyat negara ini untuk berulang-alik ke Singapura atas tujuan bekerja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara juga bersetuju untuk melakukan ujian swab kepada mereka yang terlibat, sekiranya mendapat permintaan daripada kerajaan Singapura.

”Perlaksaan kebenaran akan bermula selepas rundingan antara kedua-dua negara antara Ketua Setiausaha Negara Malaysia dan rakan sejawatnya di Singapura.

”Selepas mendapat syarat tersebut, kita akan bentang dalam mensyuarat khas menteri sebelum diluluskan,” kata beliau.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Yayasan Sultan Ibrahim dan dua syarikat Singapura telah menyumbang dua makmal ujian Covid-19 bergerak dan kit ujian kepada negara ini.

Sumber: Sidang Media PKPB

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.