Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pada ketika ini lebih separuh daripada orang dewasa di Malaysia hidup dengan berat badan berlebihan atau obesiti, Novo Nordisk Malaysia melancarkan “Sayang, Kan?”, sebuah kempen kesedaran awam seluruh negara yang menyeru pendekatan yang lebih penuh belas ihsan dan berasaskan sains terhadap bagaimana obesiti difahami dan ditangani di Malaysia.
Diilhamkan daripada ungkapan yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia, Sayang, Kan? mengajak masyarakat merenung semula satu soalan mudah yang sering kita dengar: jika kita benar-benar mengambil berat, adakah kita memilih untuk menjaga? Dalam konteks kesihatan, kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan nasihat dan sokongan perubatan bukan sebagai pilihan terakhir, sebaliknya sebagai langkah penjagaan diri yang sedar dan proaktif, berteraskan sains serta menghormati maruah setiap individu.
Dr. Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk Pharma (Malaysia) Sdn. Bhd., berkata, “Di Malaysia, obesiti masih terlalu kerap dikaitkan dengan kemahuan, disiplin atau penampilan fizikal semata-mata. ‘Sayang, Kan?’ bertujuan untuk mengubah cara pemikiran ini. Obesiti ialah penyakit kronik yang dipengaruhi oleh faktor biologi dan berkait rapat dengan kesihatan kardiovaskular."
"Pengurusan obesiti bermaksud memahami faktor-faktor pendorong seperti ‘food noise’ serta memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesihatan secara menyeluruh, termasuk mengurangkan lemak di kawasan yang memberi kesan kepada risiko kardiovaskular, dan bukan sekadar mengejar angka yang lebih rendah pada penimbang. Sebagai sebahagian daripada komitmen Life Made Lighter kami, kami mahu memperkasakan orang ramai untuk berbincang dengan doktor, mendapatkan rawatan yang sesuai, dan berasa yakin untuk mengambil langkah proaktif ke arah kesihatan serta kualiti hidup yang lebih baik.”
Bagi ramai individu yang hidup dengan obesiti, antara cabaran yang paling sering disalahfahami ialah food noise, iaitu kecenderungan dan pemikiran berterusan yang tidak disengajakan tentang makanan yang didorong oleh isyarat biologi dalam otak, bukannya kerana kurang disiplin. Isyarat lapar yang berterusan ini boleh menjadikan usaha menurunkan berat badan secara berulang amat mencabar, malah sering menyebabkan berat badan meningkat semula sekiranya tiada sokongan perubatan.

Selain penurunan berat badan semata-mata, pakar kesihatan turut menekankan bahawa lokasi lemak yang berkurang juga penting. Lemak berlebihan di bahagian perut dan sekitar organ dalaman mempunyai kaitan rapat dengan diabetes, penyakit jantung dan penyakit tidak berjangkit lain, walaupun seseorang individu mungkin kelihatan tidak jauh berbeza dari segi luaran.
Realiti ini cukup dekat dengan pengalaman individu yang hidup dengan obesiti. Ili Sulaiman, yang berkongsi pengalaman peribadinya pada majlis pelancaran tersebut, menyentuh tentang rasa menyalahkan diri sendiri dan salah faham yang sering dikaitkan dengan makanan serta berat badan. Beliau turut berkongsi bagaimana pemahaman tentang food noise membantunya melihat perjalanan kesihatannya sendiri dengan lebih jelas.
“Sebagai seorang cef, makanan sememangnya sentiasa menjadi sebahagian besar daripada hidup saya. Namun, selepas disahkan menghidap masalah jantung dan PCOS, yang kini dikenali sebagai PMOS, saya menjadi lebih peka terhadap tabiat pemakanan saya,” kata Ili Sulaiman. “Pada mulanya, saya terlalu keras terhadap diri sendiri.
Lama-kelamaan, saya sedar bahawa food noise berpunca daripada faktor biologi, dan ia bukan sekadar soal kegagalan diri. Sayang, kan? Kita sering terlalu keras terhadap diri sendiri, sedangkan ada kalanya kita hanya memerlukan pemahaman dan sokongan yang lebih baik. Saya belajar bahawa mendapatkan bantuan bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan, sebaliknya ia merupakan satu cara untuk menjaga diri.”
Majlis tersebut turut menekankan kepentingan intervensi awal yang berasaskan bukti. Dr. Reynu Rajan, Pakar Bedah Perunding Gastrointestinal Atas, menegaskan bahawa hasil kesihatan bukan sahaja bergantung kepada penurunan berat badan, tetapi juga kepada pengurangan lemak di kawasan yang betul. “Dari perspektif klinikal, risiko kesihatan sebahagian besarnya didorong oleh lemak berlebihan di sekitar organ penting, bukan semata-mata jumlah berat badan."

"Dalam perjalanan menurunkan berat badan, adalah penting untuk mengurangkan lemak berlebihan, dan bukan kehilangan otot. Dalam pengurusan obesiti, kita perlu melihat melangkaui angka pada penimbang,” jelas beliau “Apabila penjagaan dimulakan lebih awal dan memberi tumpuan kepada pengurangan lemak viseral yang berbahaya, sama ada melalui sokongan gaya hidup, rawatan perubatan atau pembedahan, kita dapat melihat hasil jangka panjang yang jauh lebih baik. Ini adalah tentang meningkatkan kesihatan dan kualiti hidup, bukan penurunan berat badan atas faktor kosmetik semata-mata.”
Dari perspektif kesihatan negara, usaha mewujudkan persekitaran yang membuatkan masyarakat berasa selamat untuk mendapatkan penjagaan lebih awal adalah amat penting. Dr. Noraryana Hassan, Pengarah Bahagian Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Kementerian Kesihatan Malaysia, menekankan peranan perbualan yang berhemah dan dipandu oleh sains.

“Apabila seseorang berasa dipersalahkan atau disalahfahami, mereka cenderung untuk menangguhkan penjagaan,” kata Dr. Noraryana Hassan “Memahami konsep seperti food noise dan mengiktiraf obesiti sebagai penyakit kronik dapat membantu mengurangkan stigma. Apabila perbualan berlandaskan sains dan belas ihsan, rakyat Malaysia lebih cenderung untuk tampil mendapatkan bantuan lebih awal, dan ini penting dalam usaha menangani penyakit tidak berjangkit.”

Dr. Sivarajan Ramasamy, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ketua Sektor Kawalan Kardiometabolik Renal, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, menekankan kepentingan usaha pencegahan dan penjagaan yang bersepadu. “Obesiti merupakan pemacu utama kepada banyak keadaan kardiometabolik, termasuk diabetes, penyakit jantung dan komplikasi buah pinggang."
"Menanganinya dengan berkesan memerlukan pendekatan yang terselaras dan menyeluruh merentas sistem, yang menggabungkan pengesanan awal, pengurusan klinikal dan kesedaran awam yang berterusan. Kempen seperti ‘Sayang, Kan?’ memainkan peranan penting dalam menggalakkan rakyat Malaysia mendapatkan penjagaan lebih awal serta melihat obesiti melalui lensa kesihatan, dan bukannya stigma.”
Dato’ Dr. Noor Lita Adam, Pakar Perunding Endokrinologi dan Timbalan Ketua Subkepakaran Endokrin, Kementerian Kesihatan Malaysia, turut menekankan kepentingan memahami obesiti melangkaui soal kemahuan semata-mata. “Obesiti bukan sekadar isu disiplin peribadi atau pilihan. Dari perspektif endokrin, obesiti melibatkan proses biologi dan metabolik yang kompleks yang boleh mempengaruhi kawal atur selera makan, keseimbangan tenaga dan kesihatan jangka panjang,” kata Dato’ Dr. Noor Lita Adam.
“Sebab itulah pengesanan awal amat penting. Apabila obesiti difahami dan ditangani lebih awal, kita mempunyai peluang yang lebih baik untuk mengurangkan risiko kesihatan jangka panjang serta menyokong hasil kesihatan yang lebih baik secara lebih mampan dan bermakna dari sudut perubatan.”
Melalui Sayang, Kan?, Novo Nordisk Malaysia berhasrat menormalisasikan perbualan yang berinformasi dan berbelas ihsan antara individu yang hidup dengan obesiti dan profesional penjagaan kesihatan, di samping mengalihkan tumpuan daripada naratif yang berasaskan penampilan kepada kesihatan, biologi dan kesejahteraan jangka panjang.
Ketika Malaysia terus berdepan peningkatan kadar obesiti, “Sayang, Kan?” menjadi peringatan bahawa usaha menjaga kesihatan diri tidak seharusnya disertai rasa takut atau malu. Sebaliknya, pilihan untuk mendapatkan penjagaan kadangkala bermula dengan memahami tubuh kita dengan lebih baik, dan bertanya kepada diri sendiri satu soalan yang cukup dekat dengan rakyat Malaysia: sayang, kan?