Siakap Keli

10 Tahun Redah Gunung & Hutan, Lelaki Akhiri “Treasure Hunt” Selepas Harta Karun 1 Juta Dolar

Ribuan orang yang berani telah  mengembara di satu pergunungan selama satu dekad demi mencari peti harta karun yang dipenuhi dengan emas, batu rubi, zamrud dan berlian.

Pencarian tersebut akhirnya tamat selepas 10 tahun ia berlangsung apabila peti harta karun berkenaan dijumpai.

Forreset Fenn, seorang pengumpul barangan antik berusia 89 tahun merupakan pencetus kepada ‘treasure hunt’ telah mengumamkan di laman webnya.

“Ia berada di bawah langit bintang di rimbunan tumbuhan hutan di Pergunungan Rocky dan tidak bergerak dari tempat saya sembunyikan lebih 10 tahun yang lalu,” tulis Fen.

Tambah beliau lagi “saya tidak mengenali orang yang menjumpainya, tetapi puisi dalam buku saya membawanya ke tempat yang tepat.”

Harta karun itu dijumpai oleh seorang lelaki yang berasal dari Timur dengan menghantar gambarnya bersama harta karun sebagai bukti kepada Fenn.

Pencarian harta karun yang bernilah lebih 1 juta dollar Amerika itu merupakan salah satu usaha Fenn memberi inspirasi kepada orang ramai untuk meneroka alam semula jadi disamping memberi harapan kepada orang yang terjejas, katanya.

If gold and gems are what you seek, we have a quest for you:

Off well-worn trails in Rocky mounts, a chest awaits one true

Of heart and mind, both resolute, in purpose and in goal,

Who knows no gold outshines the hues that,

Sparkle in one’s soul.

Petunjuk yang menuju ke lokasi harta karun dimasukkan dalam pusi 24 baris yang diterbitkan dalam biografi beliau “The Thrill Of The Chase.”

Fenn menganggarkan sebanyak 350,000 orang dari seluruh dunia telah mengikuti pencarian ini. Ada yang berhenti kerja dan ada juga yang telah mati sewaktu pencari harta karun,

“Saya mengucapkan tahniah kepada ribuan orang yang telah mengambil bahagian dalam pencarian dan berharap mereka akan terus tertarik dengan penemuan lain,”kata Fenn di laman webnya.

Sumber: Sky News

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.