Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Anda seorang yang kuat berangan? Dalam sehari, berapa kali anda berangan dan apa yang anda angan-angankan?
Pepatah pernah berkata, sebesar-besar kejayaan bermulanya dari angan-angan.
Tapi, jika berangan yang berlebihan hingga ke tahap melampau, sebenarnya anda harus berhati-hati kerana ia adalah salah satu simptom kepada penyakit mental.
Dalam bidang psikologi, sikap suka berangan yang melampau disebut sebagai Maladaptive Daydreaming Disorder (MDD).

Maladaptive Daydreaming Disorder (MDD) adalah masalah psikiatri yang ditemui oleh psikologis klinikal, Profesor Eliezer Somer dari Universiti Haifa, Israel.
Keadaan MDD menyebabkan sikap berangan yang begitu kuat hingga membuatkan seseorang itu terasa seperti terpisah daripada dunia realitinya.

Antara perkara yang terkesan akibat MDD adalah:
topik perbualan
deria rangsangan seperti bau dan rasa
perlakuan fizikal
Penyakit ini tidak termasuk dalam bahagian Diagnostis and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-V), bermakna ianya tidak ada sebarang rawatan bagi penghidapnya.
Bagaimanapun, sesetengah pakar berpendapat, mereka yang mempunyai MDD yang teruk akan merasai impak besarnya dalam kehidupan seharian.
Individu yang mengalami MDD biasanya akan mempunyai beberapa simptom, antaranya ialah:
lamunan yang sangat jelas pada watak / karakter mereka sendiri
lamunan yang tercetus daripada peristiwa yang mereka lalui
sukar untuk menyelesaikan tugasan harian
sukar tidur pada waktu malam
ada keinginan yang luar biasa untuk terus mengelamun
melakukan sesuatu aksi secara berulang-ulang ketika berangan
membuat / menzahirkan ekspresi muka ketika berangan
berbisik dan bercakap sendirian ketika berangan
mengelamun dalam satu tempoh yang lama (boleh jadi beberapa minit hingga ke beberapa jam)
Difahamkan, sehingga kini pakar belum lagi menemui apakah punca sebenarnya MDD ini.

Tiada lagi sebarang kaedah universal untuk mendiagnos atau mengesan MDD pada diri seseorang.
Dalam pada itu, Prof. Somer membangunkan Maladaptive Daydreaming Scale (MDS), ianya untuk membantu mengenal pasti sekiranya seseorang itu menghidapi penyakit tersebut.
MDS mempunyai 14 skala. Ia berhubung kait dengan lima kunci karakteristik MDD, iaitu:
kandungan dan kualiti (sepenuhnya) lamunan
keupayaan individu itu untuk mengawal dan memaksa untuk mengelamun
kadar kesusahan yang disebabkan oleh lamunan
faedah yang dirasakan daripada lamunan tersebut
berapa banyak lamunan itu mengganggu kemampuan seseorang untuk menjalani aktiviti seharian
MDD sering didiagnosis sebagai skizofrenia, di mana ia salah satu daripada psikosis.
Ini kerana individu yang menghidapi skizofrenia tidak boleh memisahkan antara realiti dan fantasi (ketika di luar sedar).
Tetapi Prof. Somer menjelaskan, MDD bukanlah sejenis psikosis kerana mereka yang menghidapi MDD masih lagi sedar yang lamunan mereka itu bukan realiti.
Pendek kata, penghidap skizofrenia betul-betul ‘terlamun’ dalam fantasi; bercakap sendiri dalam dunianya sendiri tanpa sedar bahawa dia sedang bercakap sendirian.
Manakala penghidap MDD pula, mereka tahu dan sedar bahawa mereka sedang berangan, tapi mereka teruskan juga untuk berangan.

Sesetengah individu yang menghidapi MDD juga turut menghidapi beberapa perkara lain, iaitu:
Depression (kemurungan)
Setakat ini kajian belum memperhalusi dengan jelas bagaimana masalah (disorder) di atas boleh berkait dengan MDD.
Tiada sebarang rawatan khusus untuk MDD.
Dalam satu kajian, penyelidik mendapati fluvoxamine (Luvox) sangat efektif dalam membantu penghidap MDD mengawal lamunan mereka.
Dadah (bahan) tersebut biasanya digunakan dalam rawatan OCD.

MDD boleh mengganggu kehidupan seharian anda.
Mungkin agak sukar juga untuk mendapatkan pertolongan bagi masalah tersebut.
Sekiranya anda penghidap MDD, sertailah mana-mana kumpulan (yang berkaitan) untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mereka mengatasi masalah MDD yang dihidapi.
Selain itu, penghidap MDD juga boleh menyertai forum atas talian khas seperti Daydream In Blue dan Wild Minds Network sebagai inisiatif mengubati MDD.
Sumber: Healthline