Siakap Keli

Ayah Menteri Besar Negeri Sembilan Meninggal Dunia

Dukacita dimaklumkan, ayahanda Menteri Besar Negeri Sembilan; YAB Datuk Seri Haji Aminuddin Harun iaitu Haji Harun Haji Selamat telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 7.45 malam tadi.

Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kampung Pachitan, Port Dickson pada usia 106 tahun kerana sakit tua.

Datuk Seri Aminuddin atau lebih mesra dengan panggilan Tok Min menyeru agar rakyat bersama-sama dapat mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan roh orang-orang yang beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه

“Ya Allah ampunilah dosanya, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan ampunilah dosanya”

“Amin, amin ya Rabbal ‘Alamin.”

Al-fatihah.

Gambar: Facebook

 

[ADMIN]إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَDukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kepada YAB Dato' Seri Haji…

Posted by YAB Menteri Besar Negeri Sembilan on Tuesday, June 9, 2020

Sumber: Facebook

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.