Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

LRA Sungai Linggi Ditutup, Gangguan Bekalan Air Di Seremban, Port Dickson

Seremban: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi ditutup untuk sementara waktu berikutan pencemaran bau sumber air mentah di Sungai Linggi, yng menyebabkan beberapa kawasan di Seremban dan Port Dickson mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) Norzita Ismail dalam satu kenyataan media berkata bekalan air dijangka pulih secara berperingkat sehingga pencemaran itu dapat diatasi.

Kawasan Port Dickson yang terjejas meliputi kawasan pekan Port Dickson, Port Dickson Golf and Country Club, PD Perdana, Desa Lagun Resort, Kem-kem Batu 5 Jalan Pantai, Selesa Beach Resort, Kem-kem Batu 4 Jalan Pantai, Hotel Seri Malaysia, Hotel Avillion, Hotel Risda, Kilang Cabot, Hotel Corus, Hotel Sunshine Bay, Sekolah SDASA, Petron Refinery, Henyuan (Shell) Refinery (Line 1&2), Pusat Hemodialisis Batu 1 Jalan Pantai, seluruh kawasan PD Water Front, TNB (Tuanku Jaafar), Hotel Leparis, Klinik Kesihatan (Hospital Lama) dan Jimah Power Plant.

”Dari Escort Estet, Kampung Sawah Sunggala, Bandar Sunggala, kawasan Taman Sirusa Jaya Batu 6 Jalan Pantai, Seluruh kawasan Batu 5 Jalan Pantai, Kampung Baru Sirusa, Jalan Sua Betong, Taman Desa PD, Kampung Barisan, kawasan Air Kuning sehingga kawasan Tampin Linggi. Dari kawasan Batu 4 Jalan Pantai, kawasan Kampung Bagan Pinang, Taman PD Utama, Taman Raja Zainal, Taman Too Kee Kah, Transit Kuarters, Jalan Shell Refinery, Happy Garden, kawasan Batu 1, Jalan Pantai sehingga seluruh kawasan Pekan PD,” katanya.

Kawasan lain yang turut terjejas ialah di Simpang Bukit Palong, Perindustrian Bukit Palong, Tmn. Lukut Makmur, Taman D’Pinggiran Kota, Taman D’Ambang Kota, Perindustrian Perdana Bukit Palong, Kebun Jimah, Jimah Lama, Kg Cina Site C Tanah Merah, Taman Jimah Jaya, Tanah Merah Site C, seluruh kawasan Bukit Pelandok dan seluruh kawasan Chuah.

Sementara itu kawasan terjejas di Seremban pula melibatkan Taman Pinggiran Senawang, Sekolah Dato Abdul Razak, Radio Televisyen Malaysia, Ladang Batu 11, Kilang GMP, Hentian Rehat dan Rawat Senawang, Senawang Perdana, Sendayan dan kawasan sekitar.

Menurut Norzita, SAINS akan terus memberikan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air melalui laman rasmi www.sainswater.com dan pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terkini dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6982.

“SAINS sekali lagi mengingatkan pengguna untuk bersedia dengan tangki simpanan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang boleh berlaku dalam waktu yang tidak dijangkakan,” katanya.

— BERNAMA

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.