Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Ibu Turun Bawah Ambil Pesanan, Tak Sangka Anak ‘Terperangkap’ Di Luar Balkoni Tingkat 13

Seorang kanak-kanak perempuan yang ditinggalkan sendirian di rumah hampir menempah maut selepas terperangkap di luar balkoni sebuah apartment di China.

Kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu didapati berdiri di sebuah birai kecil sambil berpaut pada tingkap rumahnya yang berada di tingkat 13 ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian.

Seorang anggota bomba terpaksa turun menggunakan tali daripada rumah yang berada dua tingkat atas daripada rumah mangsa sebelum berjaya menyelamatkan dan membawa kanak-kanak tersebut ke tempat selamat. Dipercayai, kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jabatan bomba dan penyelamat daerah tersebut, insiden terbabit dilaporkan terjadi semalam (9/6/2020) sekitar jam 1pm di Kunming, daerah Yunnan, China.

Rakaman detik-detik cemas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa itu memaparkan kanak-kanak tersebut terperangkap secara merbahaya di bahagian balkoni sebuah bangunan kediaman.

Seorang anggota bomba dengan penuh berhati-hati telah turun daripada kediaman jirannya bagi membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut menggunakan tali sambil dibantu oleh seorang lagi anggota bomba daripada atas yang memegang alatan yang diguna pakai untuk tali berkenaan.

Anggota bomba tersebut secara perlahan-lahan telah turun dan mendekati kanak-kanak itu dalam masa hanya 10 minit sahaja.

Dia kemudiannya berjaya mencapai kanak-kanak tersebut, mengangkatnya dan membawa masuk kanak-kanak itu ke dalam rumahnya semula.

Penduduk setempat yang berkumpul melihat detik-detik cemas tersebut memberikan tepukan penghargaan kepada anggota bomba berkenaan selepas usaha menyelamat itu berjaya dilakukan.

Kanak-kanak tersebut difahamkan telah ditinggalkan bersendirian untuk seketika oleh ibunya yang turun ke bawah untuk mengambil barang, lapor bomba kepada laman web berita tempatan Yunnan.cn.

Menurut Daily Mail, keluarga tersebut tinggal di tingkat 13 dan setiap unit tingkat rumah tersebut beranggaran setinggi tiga meter (9.8 kaki) di China. Ianya bermakna, kanak-kanak tersebut telah terperangkap kira-kira 137 meter dari bawah.

Ibu kepada kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa, dia tidak menyangka yang anak perempuannya itu akan panjat keluar daripada tingkap. Dia turut berjanji akan menjaga anaknya dengan lebih baik selepas ini.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa