Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Pelanggan ‘Cancel Order’ Mungkin Boleh Berdepan Hukuman Penjara 6 Tahun Di Filipina

Filipina mungkin bakal mengenakan tindakan tegas ke atas sesiapa yang membatalkan pesanan makanan yang sering berlaku ketika pandemik covid-19 menggunakan Rang Undang-Undang yang sedia ada kerana ia membebankan kebanyakan riders dan pembekal perkhidmatan.

Perwakilan AKO Bicol Party, Alfredo Garbin, telah mengajukan House Bill 6958 atau Food and Grocery Delivery Services Act yang melarang pembatalan transaksi dari penyedia perkhidmatan penghantaran makanan dan barangan runcit apabila riders terlebih dahulu membuat pembayaran untuk setiap barangan.

Di bawah tindakan itu, sesiapa yang melanggar undang-undang tersebut akan didenda dan penjara sekurang-kurangnya enam tahun. Mereka juga perlu membayar denda sebanyak 100,000 dolar Singapore serta membayar balik harga makanan dan kepada penyedia perkhidmatan penghantaran untuk nilai barang yang dikeluarkan oleh riders.

Mereka juga perlu membayar kepada penyedia sejumlah wang dua kali ganda daripada bayaran yang dikenakan untuk transaksi yang dibatalkan.

“Ini merangkumi contoh di mana pelanggan memesan makanan dan barang runcit untuk tujuan ‘prank’ atau mereka yang tidak mempunyai niat tulen untuk memanfaatkan perkhidmatan yang menyebabkan kerosakan dan ketakutan yang tidak semestinya kepada ‘riders’ dan perkhidmatannya,” menurut rang undang-undang tersebut.

Sementara itu, mereka yang memalukan, merendahkan atau menghina riders di mana-mana platform akan dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan.

Sumber: CNN

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa