Seorang wanita berusia 26 tahun telah mati di Altanta setelah kepalanya tersangkut pada pintu logam tong derma pakaian.
Polis mengatakan bahawa wanita itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada tong derma pakaian tersebut sebelum tengah malam hari Rabu di kawasan Midtown Altanta. Polis percaya dia telah naik ke atas kerusi untuk mengambil barang di dalam tong berkenaan tetapi entah bagaimana dia telah hilang imbangan dan terperangkap di pintu logam, lapor Daily Mail.
Tong derma berkenaan terletak dibahagian belakang restoran Henry Midtown Tavern. Pemilik restoran memanggil polis untuk mengatakan bahawa mereka telah menjumpai wanita itu dan terdapat kerusi di sebelahnya. Wanita berkenaan dinyatakan mati sebaik sahaja seseorang mengeluarkan tubuhnya dari tong derma.
Polis menganggap kematiannya sebagai satu kemalangan. Polis berkata “Berasarkan bukti di tempat kejadian, nampaknya wanita itu berusaha mengeluarkan diri dari tong berkenaan ketika dia terperangkap di pintu. Pada masa ini, kematian nampaknya tidak disengajakan”.
Pihak pemeriksa perubatan Fulton Country sedang menyiasat untuk menentukan punca kematian yang tepat. Dalam pada itu, pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti wanita berkenaan.
Sumber: www.dailymail.co.uk