Siakap Keli

(Video) Lelaki Ini ‘Repair’ PlayStation One Rosak Sampai Boleh Main Semula, Pernah Jadi Kegilaan ‘Kaki Game’

Awal pagi tadi, Sony PlayStation telah melancarkan siri konsol permainan video terbaru mereka iaitu PlayStation 5 selepas beberapa bulan Sony memperkenalkan joystick DualSense.

Ramai kaki ‘game’ yang teruja dengan pelancaran ini kerana sudah lama PS5 ini dinantikan peminat permainan video konsol kerana PS4 mungkin sudah terlalu lama berada di pasaran dan pengguna dahagakan teknologi baru dari Sony Playstation.

Sebelum, PS5 dipasarkan dan anda beli mari kita imbau kembali kenangan kita bersama PlayStation One. PlayStation One adalah edisi pertama permainan video konsol keluaran Sony pada 3 Disember 1994 di Jepun sebelum memasuki pasaran global hampir setahun selepas itu iaitu pada tahun 1995.

Seorang Youtuber dari saluran Odd Tinkering membuat satu video membaik pulih sebuah PlayStation One yang sudah rosak sehingga berjaya dimainkan semula seperti biasa.

Sudah tentu ramai daripada pembaca teringat kenangan indah bersama PS One yang kadang-kala tersangkut di paparan putih.

Dapatkan PlayStation One di SINI

Sumber: Odd Tinkering

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)