Siakap Keli

Kenapa Kucing Lebih Tertarik Dengan Orang Yang Takut Dengannya

Salah satu perkara pelik yang sering kita lihat pada kucing peliharaan kita mahupun kucing yang ada di luar, mereka lebih tertarik kepada orang yang takut kepada meraka.

Kejadian seperti ini sering kita lihat di kedai makan yang terbuka, pasti ada pengalaman melihat seseorang menjerit apabila ada kucing berdekatan.

Mereka yang takut pada kucing ini sebenarnya seorang ‘ailurophobia’. Ia sebenarnya satu penyakit berkaitan mental yang  boleh didiagnos oleh doktor perubatan. ‘Ailurphobia’ merupakan salah satu fobia terhadap kucing yang menggambarkan ketakutan hingga menyebabkan panik dan kegelisahan apabila berada di sekitar kucing.

Tapi mengapa mereka yang fobia terhadap kucing ini lebih disukai oleh kucing berbanding pencinta kucing?

Menurut Dr. Jessica Vogelsang kucing lebih tertarik dengan seseorang yang tidak menghiraukan kewujudannya. Dimana gelagat seseorang yang takut kepada kucing ini sentiasa berjaga-jaga, menjauhkan diri dan mengawasi gerak geri kucing. Hal ini sebenarnya membuatkan kucing lebih tertarik dan merasakan selamat berada di sekitar mereka kerana kurang memberi ancaman.

Hal ini berbeza dengan pencinta kucing yang sentiasa teruja dengan membelai dan mencium kucing. Mereka ini boleh dianggap sebagai ancaman dan bersedialah untuk menerima cakaran dari si bulu.

Jadi, jika kita perhatikan melalui perspektif kucing, tingkah laku haiwan ini sebenarnya masuk akal.

Sumber: healthline petmd

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.