Siakap Keli

Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid-19 – Ismail Sabri

Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Covid-19.

Semua sedia maklum bahawa pada awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak ini agak sukar apatah lagi pandemik ini terpahat dalam sejarah hidup rakyat Malaysia.

“Katanya lagi, dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia dan pengorbangan besar anggota frontliners, kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita telah berjaya menjadi satu negara contoh untuk mengekang wabak ini. ”

Negara telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjaun global di mana Malaysia berada dalam lima negara terbaik dunia dalam penerimaan rakyat yang paling tertinggi.

Sidang media perkembangan terkini | 14 Jun 2020

[LANGSUNG] – Sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 14 Jun 2020

Posted by Bernama TV on Saturday, June 13, 2020

 

Sumber: Sidang Media MKN

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.