Siakap Keli
Foto:BERNAMA

TERKINI: Kembali Ke Satu Digit, Hanya 8 Kes Positif Baharu Hari Ini Dengan 1 Kematian

Sebanyak  8 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 8,453 kes setakat Sabtu (14 Jun 2020), jam 12 tengahari.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 986 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Ingin dimaklumkan daripada 8 kes positif tersebut terdapat dua kes import, manakala 6 kes tersebut adalah sebanyak 4 kes bukan warganegara dan 2 kes daripada warganegara.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu kes kematian akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 121 kes bersamaan dengan 1.43%.

 

Maklumat mangsa korban

Mangsa adalah daripada kes 7468, seorang lelaki yang berusia 69 tahun yang dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti kebangsaan malaysia (UKM) yangm mepunyai latar belakang penyakit kencing manis, jantung dan penyakit buah pinggang.

Sumber: Sidang Media KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang