Selalu orang kita kata, orang muda kalau nak nampak bergaya dan ‘macho’, wajib ada kereta.
Lagi mahal kereta, lagi bertambah ‘macho’ jadinya.
Maka disebabkan kata-kata ini, ramailah anak-anak muda di luar sana berbondong-bondong beratur di bank untuk buat permohonan beli kereta pertama mereka.
Semuanya sudah terpengaruh dengan godaan ‘ada kereta barulah nampak kaya dan bergaya’.
Namun, di sebalik itu, mereka tidak sedar dan terlupa; mereka baru berusia 21 tahun, baru mula bekerja, gaji masih cukup-cukup makan, ada yang masih berhutang bayaran motor, malah ada yang duit makan pun emak ‘payungkan’.
Persoalan di sini, apakah benar orang muda perlu ada kereta dahulu?
Kenapa tidak gunakan alternatif yang lebih jimat seperti motorsikal?
Seorang pakar pengurusan kewangan, Azizul Azli Ahmad berkongsi 10 tips untuk orang muda bijak urus kewangan dengan menggunakan motorsikal sebagai kenderaan utama serta TIDAK membeli kereta dahulu.
Mari baca perkongsian ini.
#TabungKerja
JANGAN MALU NAIK MOTOR!
1. Dik mula kerja jangan pasang impian beli kereta gaji pertama. Belajar naik motor atau LRT saja dik.
2. Malu memang la malu, bila hujan duduk bawah jambatan dik. Tapi sekurangnya kita jujur bergaya ikut kemampuan kita.
3. Jangan ingat yang pakai kereta hebat tu banyak duit dik, ada yang makan pun mintak kawan belanja. Belum hujung bulan duit dah tak ada.
4. Hutang mereka besar dik, kalau pakai City lagi dahsyat dik. Bayar bulan RM856 selama 9 tahun.
Kalau hutang EX5 baru RM250 itupun cuma 2 tahun dik. Dah ada anak nanti boleh bawak naik motor petang petang makan angin.
5. Kalau perut dah boroi, isteri peluk kita tak sempat sampai pusat dik. Romantik namanya dik naik motor nie.
6. Tebal muka sekarang tak per dik, dari tebal hutang. Motor boleh jimat banyak benda, cuma kalau berlanggar mungkin tak selamat.
Kalau jodoh tak kemana dik, jangan risau.
7. Setakat malu jer dik jangan risau, B**** **** tak malu pun ambik duit orang. Inikan kita baru mula kerja mengada nak beli kereta.
8. Selagi tak kawin jangan beli kereta, kalau mak nak tumpang jalan jalan bukan setiap hari. Kalau mak nak juga sewalah kereta yang ada, lagi mahal dari City pun boleh. Audi kan ada!
9. Kalau risau muka hitam naik motor jangan risau dik, produk kosmetik kan ada (jangan percaya sangat produk putih nie, pakai bedak pun boleh)
10. Belajar tebal muka naik motor, buat simpanan tebal tebal dalam ASB atau Tabung Haji. Azam beli rumah pertama kecil dan sederhana.
Gegadis bijak lagi suka kita ada rumah dari kereta dik, mereka senang nak gubah bunga dan beli barang IKEA.
Semoga berjaya dan jadi hebat dik.
Azizul Azli Ahmad
#Mula Kerja Dengan Motor Juga.
Mula Hidup Dengan EX5 hingga dicuri
#JadiLelakiSeksiDenganRumahSendiri
Sumber: Azizul Azli Ahmad