Siakap Keli

Terlanjur Sayang, Pasangan Sejenis Palsukan Identiti Untuk Berkahwin, Pengantin ‘Lelaki’ Rupanya Wanita

Penduduk di daerah Soppeng, Sulawesi Selatan gempar selepas mengetahui perkahwinan di perkampuang mereka merupakan perkahwinan sejenis diantara dua wanita.

Namun hal ini tidak diketahui oleh penduduk kampung semasa majlis perkahwinan tersebut kerana imej wanita yang disangka suami itu menyerupai seorang lelaki.

Namun, rahsia mereka terbongkar apabila penduduk kampung curiga dan menyelidik asal usul pengantin ‘lelaki’ tersebut kerana perwatakannya seperti seorang wanita.

“Ramai penduduk melaporkan curiga terhadap pengantin lelaki, dan saya ada berjumpa dengan ketua kampung dari tempat asal lelaki tersebut.” kata ketua kampung Baringgeng.

Hasil selidikan penduduk menemui ketua kampung ditempat pengantin ‘lelaki’ itu tinggal. “Ya, memang benar bahawa dia adalah penduduk kampung saya dan dia seorang wanita” kata ketua kampung tersebut.

Perkahwinan mereka ini tidak dilaporkan dan tidak menerima pengesahan dari ketua kampung dan Pejabat Urusan Agama (KUA).

Dari hasil temubual diantara pengantin tersebut, pengantin perempuan tahu akan status jantina pasangannya selepas lebih 5 bulan bercinta. Tetapi kerana sudah terlalu sayang, mereka meneruskan perkahwinan tersebut dengan memalsukan identiti pengantin ‘lelaki’.

Sumber: TribunNews

Nur Syafiqah

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.