Siakap Keli

Kilang Tauhu Menjijikkan Di Cheras Diserbu DBKL, Dibiar Atas Lantai & Takungan Air Ada Lipas

Menjijikkan. Itulah keadaan yang boleh digambarkan sejurus melihat ‘pemandangan’ di sebuah kilang memproses tauhu di Cheras, Kuala Lumpur.

Dalam satu operasi lawatan dan pemeriksaan sanitasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, didapati kilang tersebut beroperasi dalam keadaan begitu kotor dan tidak mematuhi prosedur kerja yang betul.

Menurut satu kenyataan di halaman Facebook DBKL, hasil tinjauan mendapati terdapat hurungan lipas yang berada di sekitar kawasan kerja itu, selain tandas yang agak berbau dan berdaki.

“Lantai dan dinding proses penyediaan makanan tersebut juga kotor serta berdaki hitam.

“Pengendali didapati tidak memakai kasut, penutup kepala semasa memproses makanan dan kilang itu turut tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual,” katanya dalam satu kenyataan di halaman Facebook, semalam.

Sehubungan itu, tindakan Penutupan Premis Tidak Suci mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 dilaksanakan berkuatkuasa 16 Jun, hari ini.

Berikut adalah beberapa keping gambar berdasarkan laporan:

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Gambar: Facebook
Gambar: Facebook

Sumber: DBKL

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.